Melalui Video Step by Step yang sangat terperinci. Anda diajar Membuat Aneka Roti Canai, Murtabak & Thosa. Untuk makan sendiri dan perniagaan yang lumayan.
Md Hairul Academy (AS0481645A)
Tarikh:
SEBAB PAKEJ RESEPI ROTI CANAI DIHASILKAN….
Secara jujur, Pakej Lengkap Resepi Roti Canai ini dihasilkan di atas permintaan pembeli produk Pakej Taufufah saya. Oleh kerana saya telah biasa membuat roti canai semenjak sekolah menengah lagi. Ditambah lagi pengalaman saya bekerja di hotel dan restoran dibidang masakan. Dari segala ilmu dan pengalaman ini, maka terhasilah Pakej Lengkap Resepi Roti Canai.
Dari tahun 2010-2019 video belajar dalam bentuk dvd. Tapi sekarang video belajar guna handphone. Link video belajar dihantar ke wasap. Klik link dan terus belajar.
Tonton Dulu Video Preview Resepi Roti Canai Murtabak Ini…
Detail kandungan modul-modul ada di bahagian bawah laman web ini.
Apa Kata Pembeli Sebenar
Teruskan membaca kerana
banyak lagi testimonial pembeli sebenar didalam
Roti Canai & Martabak mmg popular
Ya inilah makanan yang paling disukai ramai pada waktu pagi, petang dan malam. Yang paling diminati tidak mengira kaum, bangsa, usia atau jantina. Ia merupakan makanan FAVORITE rakyat Malaysia. Tidak hairanlah di mana-mana kedai makan dan pasar malam pasti ada menjualnya.
Ini menunjukkan permintaan roti canai dan martabak cukup tinggi. Inilah bisnes yang paling menguntungkan dan stabil. Ia juga boleh dilakukan secara part time melalui bisnes roti canai segera.
Bagaimana anda boleh untung bersih RM3 ribu dgn bisnes murtabak
Ramai yang tidak menyedari potensi bisnes roti canai yang amat menguntungkan. Ia memang lumayan. Tahukah anda kos sekeping roti canai kosong dengan kuahnya lebih kurang 25 sen sahaja. Manakala Kos sekeping murtabak saiz sederhana tidak sampai RM1.00. Jom lihat untung kasarnya.
Harga Jualan: RM3.00
Kos: RM1.00
Untung Kasar: RM2.00
Dengan hanya menjual 100 keping sehari sahaja, anda boleh untung RM200 setiap hari. Jika anda berniaga 5 hari seminggu, jumlah keuntungan RM4,000 sebulan. Wow, RM 4 ribu tu. Dan selepas ditolak kos operasi, duit minyak dan sebagainya, anda boleh untung bersih dalam RM3 ribu sebulan.
Itu baru jual 100 keping sehari. Di pasar malam yang ramai orang, anda boleh jual lebih dari itu dengan keuntungan yang lebih lagi. Manakala jika anda menjual murtabak saiz besar dengan harga lebih RM5.00. Margin keuntungannya lebih besar. Memang ramai tidak menyedari keuntungan bisnes murtabak ini. Dengan resepi roti canai yang sedap nie, lagi laa meletup.
Siapa Saya Yang Nak Ajar Anda Nie
Jika anda bekerja, mulakan dengan part time…
Jika anda masih bekerja, anda boleh menjalankan bisnes murtabak pada hari cuti atau hari ahad. Saya yakin dalam beberapa minggu, anda akan lihat keuntungannya. Apabila anda benar-benar yakin, barulah usahakan bisnes murtabak secara fulltime. Dengan berniaga 5 hari seminggu sahaja, keuntungannya berlipat kali ganda dari gaji anda sebelum ini. P/s: Lepas ini, tiada lagi tekanan dari bos atau rakan sekerja anda. Mulakan dengan belajar cara buat roti canai dan cara buat murtabak yang sedap ini.
ADA LAGI……
Sarapan pagi untuk keluarga, kini lebih mudah
Memang cukup mudah menyediakan sarapan pagi berkhasiat dengan roti canai. Kelebihan roti canai, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk. Ia boleh disimpan samada belum masak atau separuh masak. Ia tahan lebih seminggu di dalam peti sejuk.
Apa kata, hari ahad anda menyediakan roti canai bersama keluarga. Tentu seronok membuatnya bersama keluarga. Dan simpan untuk stok seminggu. Pagi-pagi, anda hanya perlu panaskan. Mudah bukan. Tidak perlulah lagi kelam kabut menyediakan sarapan untuk keluarga. Anda boleh menikmatinya dengan gula, susu pekat, jem atau madu. Memang menyelerakan.
Berminatlahl, tapi susah ke nak buatnya?
Sebenarnya proses membuat roti canai tidaklah rumit. Anda hanya perlu mengaul bahan, menguli doh, menebar dan mengoreng roti canai. Dengan hanya beberapa langkah, roti canai siap untuk dimakan. Masa menguli pula tidaklah lama. Hanya dalam 20 minit sahaja, menguli menggunakan tangan.
Manakala bahan-bahannya mudah didapati di supermarket. Tepung, susu, telur, garam, minyak sapi, marjerin dan lain-lain mudah dibeli di pasaraya. Namun teknik yang betul sahaja menjadikan roti canai anda lembut dan enak dimakan. Semuanya diajar dari asas sehingga pandai melalui 8 modul yang menarik.
Tanpa ke kelas, Boleh pandai menebar ke?
Adik comel tu pun boleh menebar, tak kan awak tak boleh kot :P. Memang benar, part yang mencabar dalam membuat roti canai ialah menebar. Jika anda tidak pandai menebar, roti canai anda kurang lembut dan kurang berlapis. Oleh itu, saya menyediakan satu latihan yang komprehensif melalui Video Interaktif step by step. Anda dijamin pandai. Lagipun belajar nie tak boleh sekali tengok jee, pasti banyak terlupa seperti ke kelas roti canai.
Untuk permulaan, anda tidak boleh terus menebar pada doh roti canai. Tetapi anda perlu berlatih dan melembutkan tangan anda menggunakan bahan lain. Dengan ini, anda boleh berlatih berulang kali. Setelah anda yakin, barulah menebar pada doh roti canai. Cara ini sangat berkesan untuk anda pandai menebar roti canai dengan lebih cepat.
Bagaimana peralatannya pula?
Terdapat dua teknik yang akan diajar iaitu menggunakan tangan dan menggunakan mesin mixer. Jika menggunakan tangan, peralatan yang diperlukan ialah bekas plastik untuk mengaul bahan-bahan. Meja untuk menguli dan menebar roti canai. Dapur dan kuali untuk memasak roti canai. Saya yakin peralatan ini telah sedia ada di dalam rumah anda. Jika tiada, boleh beli dengan mudah dipasaraya.
Jika anda menggunakan mesin mixer, lagilah mudah. Anda hanya memerlukan meja untuk menebar roti canai dan dapur untuk memasak roti canai sahaja. Cara mengendalikan mesin mixer ditunjukkan melalui video step by step. Mesin mixer sesuai digunakan jika anda ingin memulakan bisnes roti canai.
Siapakah memerlukan Pakej Roti Canai ini.
Mereka yang berminat membuat sendiri roti canai yang lembut dan enak untuk keluarga tercinta. Tentu lebih bersih, suci dan menyihatkan jika dibuat sendiri. | |
Ibu bapa yang ingin menyediakan sarapan pagi berkhasiat untuk anak-anak. Roti canai yang belum dimasak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan lebih seminggu. | |
Mereka yang berminat memulakan perniagaan roti canai. Modal perniagaan roti canai amatlah rendah. Peralatannya telah sedia ada dirumah anda. Anda boleh terus memulakan perniagaan ini. | |
Mereka yang berminat bekerja sebagai penebar roti canai. Gaji penebar roti canai juga lumayan. Satu ilmu yang cukup berharga. | |
Suri rumah atau pekerja yang ingin menambahkan pendapatan sampingan melalui jualan roti canai segera. Anda boleh buat pada waktu malam dan letakkan di gerai berhampiran. | |
Pelajar yang ingin mencari wang tambahan dengan menjual roti canai. Ia bukan sahaja mengurangkan beban kewangan anda malah menjana pendapatan sampingan yang lumayan. |
Inilah persediaan jika anda dibuang kerja
Pernahkah anda terfikir jika anda kehilangan pekerjaan. Bagaimana jika tempat kerja anda tutup atau berpindah. Jika ini berlaku, bagaimana nasib anak-anak dan keluarga anda. Adakah anda sanggup membiarkan mereka kesusahan dan kelaparan.
Inilah masa terbaik belajar ilmu masak yang membolehkan anda ‘survive’ dalam apa juga keadaan. Bersiap sedia dari sekarang. Bisnes makanan mudah dimulakan dengan modal yang rendah dann peralatannya telah sedia ada di rumah anda.
Jom lihat lebih detail Modul-Modulnya
Panduan Aneka Roti Canai & Murtabak
Pakej ini merupakan video yang mengandungi gabungan video, gambar dan text pembelajaran. Cara ini terbukti sangat membantu anda belajar membuat aneka roti canai dengan lebih cepat. Melalui 8 modul yang menarik, anda akan diajar membuat pelbagai aneka roti canai yang menarik. Jom lihat 8 modul yang menarik ini.
MODUL 1 : MEMBUAT ROTI CANAI ORIGINALDi dalam modul ini, anda akan ditunjukkan cara membuat doh roti canai dengan jelas. Dari membancuh, mengaul, menguli sehingga menghasilkan doh roti canai yang lembut dan kenyal. Kita akan menggunakan tangan dalam menghasilkan doh roti canai ini sebelum ia ditebar. Bahan-bahan yang diperlukan juga ditunjukkan satu persatu dengan jelas. Apa yang akan anda belajar:- 1. Resepi Roti Canai Original |
MODUL 2 : TEKNIK MENEBAR ROTI CANAIDi dalam modul ini, anda akan diajar teknik yang betul dalam menebar roti canai. Untuk memudahkan anda mahir menebar, kita akan membuat latihan kepada bahan lain. Ini merupakan sesi latihan melembutkan tangan sebelum anda menebar pada doh roti canai. Cara ini amat berkesan dan membantu anda mahir menebar doh roti canai. Semuanya ditunjukkan melalui video step by step. Apa yang akan anda belajar:- 1. Video latihan tangan sebelum menebar roti canaii |
MODUL 3 : MENGENDALIKAN MESIN PENGULIDi dalam modul ini anda akan diajar secara terperinci menggunakan mesin mixer. Mesin ini memudahkan kerja-kerja menguli tepung dengan lebih baik. Anda akan ditunjukkan cara mengendalikan mesin mixer ini melalui video step by step. Apa yang akan anda belajar:-1 1. Video teknik menguli roti canai dengan mesin penguli Jika anda berminat memulakan perniagaan roti canai, elok dapatkan sebuah mesin mixer ini. Harganya tidaklah mahal dalam seribu lebih untuk buatan China. Buatan China juga tahan lama jika digunakan dengan betul. Ramai peniaga menggunakan buatan China. Namun jika anda tiada modal, boleh menggunakan tangan sahaja. |
MODUL 4 : MEMBUAT ANEKA ROTI CANAISebenarnya anda boleh mempelbagaikan roti canai anda mengikut citarasa anda. Memang menyeronokkan. Di dalam modul ini anda akan ditunjukkan cara membuat roti canai bom, roti canai telur, roti canai pisang, roti canai sardin, roti canai bawang, roti canai sosej with mix vege, roti canai jem strawbery, kaya dan peanut butter. Semuanya melalui video step by step. Apa yang akan anda belajar:- 1. Video membuat roti canai bom |
MODUL 5 : MEMBUAT ROTI CANAI SEGERATahukan anda, roti canai segera semakin mendapat tempat di hati pengguna. Kerana ia memudahkan pengguna menyediakan sarapan pagi. Di dalam modul ini anda akan diajar teknik yang betul membuat roti canai segera. Caranya berbeza dengan roti canai biasa. Anda juga diajar cara membungkus roti canai segera dan peralatan yang diperlukan. Apa yang akan anda belajar:- 1. Video membuat roti canai segera |
MODUL 6 : MEMBUAT ANEKA MARTABAKDi dalam modul ini, anda akan belajar membuat martabak ayam, martabak daging dan martabak maggi. Anda turut diajar membuat inti martabak yang sedap, lemak dan lazat. Teknik mencincang daging, cara memasak inti dan teknik menabur inti martabak ditunjukkan step by step. Semuanya melalui video interaktif step by step. Apa yang akan anda belajar:- 1. Video membuat murtabak ayam dan daging |
MODUL 7 : PENGIRAAN KOS ROTI CANAIDi dalam modul ini, kita akan menggunakan Ms Excel dalam pengiraan kos roti canai anda. Memang mudah mengira kos menggunakan perisian Ms Excel ini. Jangan risau, kerana setiap komputer pasti memiliki perisian Ms Excel ini. Cuma jarang digunakan. Melalui video step by step, anda akan ditunjukkan cara menggira kos dan keuntungan roti canai anda. Apa yang akan anda belajar:- 1. Video pengiraan kos roti canai |
MODUL 8 : MEMBUAT KUAH ROTI CANAITerdapat tiga jenis kuah roti canai yang diajar di dalam modul ini. Iaitu Kuah kari ayam, kuah dhall dan sambal ikan bilis. Semuanya diajar dari menumis sehingga siap kuah yang sedap dan lazat. Saya akan menggunakan video step by step supaya memudahkan anda belajar. Apa yang akan anda belajar:- 1. Video membuat kuah kari ayam |
BONUS SPECIAL : PANDUAN THOSAIPanduan ini akan mengajar anda langkah demi langkah membuat thosai yang digemari oleh masyarakat india. Kini masyarakat melayu dan cina turut mengemarinya. Panduan dalam bentuk gambar step by step. Video juga disediakan dalam menunjukkan teknik memasaknya untuk menjadikan thosai anda nipis dan sedap. Apa yang akan anda belajar:- 1. Panduan bergambar step by step membuat thosai |
SUPPORT & PERTANYAANKebanyakkan pertanyaan pembeli saya telah masukkan dalam bentuk tips tambahan di dalam pakej ini. Memang lengkap. Tapi jika ada pertanyaan, boleh tanya dan memang saya jawab. Cuma anda kena tonton dan baca betul-betul keseluruhan pakej ini terlebih dahulu. Dan kemudian baru bertanya. Lepas 3 hari study baru bertanya. Bukannya baru dapat, tengok sikit, tanya. tengok sikit tanya. Jika anda bertanya soalan yang jawapannya telah ada di dalam panduan, saya akan bagitahu anda bab/tips mana yang perlu anda rujuk. Cara ini lebih baik dari cara sebelumnya. |
Kelebihan Belajar Melalui Video Step By Step
Sebenarnya belajar melalui video jauh lebih baik. Melalui video anda boleh belajar dan tonton berulang kali sehingga mahir. Jika terlupa, boleh tonton semula. Malah anak-anak anda juga boleh belajar melaluinya. Dengan ini anda boleh belajar dengan terperinci dan step by step. Jaminan saya, anda pasti pandai. Kerana saya telah menghasilkan video tutorial pembelajaran semenjak 2009.
Kos sekeping roti canai baru 25 sen je
Ya, kos sekeping roti canai berserta kuahnya dalam sekitar 25 sen sahaja. Lihat betapa untungnya kedai mamak menjualnya. Mengapa tidak anda menjualnya dan mengaut keuntungan yang lumayan daripadanya?
Pendapatan sampingan dengan roti canai
Adakah anda tercari-cari pendapatan sampingan membantu keluarga anda. Bisnes roti canai segera adalah yang terbaik. Anda boleh membuat roti canai segera pada bila-bila masa. Kemudian ia dibungkus dan dijual.
Anda hanya perlu meletakkan di kedai-kedai yang berhampiran. Anda juga boleh membuat roti canai dengan skala yang besar dan meletakkan di merata kedai-kedai ditempat anda. Satu pendapatan sampingan yang lumayan. Jom lihat lebih detail Modul-
Rahsia Roti Canai Di Dedahkan
Bagaimana menghasilkan roti canai yang lembut. Anda hanya perlu tahu bahan-bahan dan _______ yang _______. Anda juga tidak boleh _______ terlalu lama. | |
Untuk menjadikan roti canai lebih lembut anda perlukan ________. Bahan ini mudah dibeli dipasaraya, namun jarang orang menggunakan dalam pembuatan makanan. | |
Roti canai segera boleh tahan lebih lama jika anda _______ dengan _______ lebih banyak. Dan roti canai segera anda akan lebih lembut jika anda _______ lebih lama. | |
Bagaimana menggunakan mesin pengguli agar ia boleh tahan lebih lama walaupun ia buatan China. Menguli tepung menggunakan mesin pengguli mesti ________ _________. | |
Bagaimana menambahkan keenakkan roti canai anda dengan menambahkan lagi ________ ke dalam adunan. | |
Untuk menebar doh roti canai dengan lebih besar dan kembang, doh roti canai mestilah ________ _________.Berbulan2 Buat Pakej Ini Untuk Manfaat Anda | |
Untuk menjadikan sambal ikan bilis anda lebih sedap. Anda perlu menambahkan ___________ dan __________. Manakala untuk membuat kuah dhall yang sedap, tambah __________. | |
Kenapa sukatan air dalam pembuatan roti berbeza-beza. Saya akan terang secara terperinci sebab-sebabnya menurut kajian saya sendiri. |
Berbulan2 Buat Panduan Ini Untuk Manfaat Anda
Memang benar. Berbulan-bulan saya buat pakej ini. Memang banyak masa, tenaga dan wang ringgit dihabiskan untuk menyiapkan pakej masakan ini. Mencipta teknik-teknik baru memudahkan pembelajaran anda.
Membeli pelbagai-peralatan untuk pembelajaran anda. Membuat video berulang kali untuk hasil video yang terbaik. Dan banyak lagi. Memang tidak mudah membuat pakej masakan yang sangat terperinci seperti ini. Namun segala penat lelah rasa terbalas dengan kejayaan ramai pembeli.
Testimonial Dari Pembeli Sebenar
Menerusi Wasap
Menerusi SMS
(Pembeli dari sabah)
Menerusi Facebook
Kaedah Pembelajaran
Anda akan dapat versi web dan versi pdf. Tiada expired date dan jika hanphone anda rosak atau hilang, boleh minta semula linknya dari saya pada bila-bila masa.
- Versi Web=Klik link di wasap dan terus belajar. Mudah. Boleh buka di semua alat yg boleh buka website spt semua jenis handphone, laptop, tablet dan smart tv. Perlu data internet untuk buka website.
- Versi Pdf= Untuk baca resepi dan cara membuatnya tanpa perlu data internet. Link video ada dalam pdf juga. Pdf dihantar ke wasap anda. Pdf boleh disimpan di email sebagai backup.
- Versi DVD Movie & USB Movie: Maaf, versi ini sudah tiada lagi kerana lebih mudah belajar dgn versi web atau versi pdf. Kandungan susunan dan video sama sahaja untuk semua versi.
Anda akan dapat versi web dan versi pdf. Tiada expired date dan jika hanphone anda rosak atau hilang, boleh minta semula linknya dari saya pada bila-bila masa.
Maaf! Bukan Untuk Pengajar
Pakej ini bukan untuk pengajar masakan walau apa tujuan/alasan nya dan walau apa/di mana anda ajar. Termasuk dapatkan melalui orang lain. (So pengajar tak perlulah cari alasan lagi yee). Semoga menjaga keberkatan agar keluarga baik dan sihat
Pengajar masakan ialah mereka yang buat video masakan atau kelas masakan samada berbayar, percuma, online atau offline.
Berapa harga pakej hebat Ini?
Sekali bayar untuk anda menjana pendapatan seumur hidup.
Pakej ni dlm proses masuk ke fb group
Pakej ni dalam proses masuk ke dalam facebook group. Pakej yang telah siap masuk dalam facebook group spt di bawah:
Ikhlas dari,
Md Hairul Academy (AS0481645A)
No hp: 0137757915 (Saya tak de agen, contact direct dgn saya)
Kenali saya melalui blog saya di www.hairul.com
Banyak Tips Bisnes & Resepi Free di blog saya di www.hairul.com